Bersama ini disertakan helaian buku log yang pada pandangan saya lebih komprehensif. (Klik pautan di bawah:)
Bersama
ini disertakan helaian buku log yang pada pandangan saya lebih
komprehensif.
Ciri-ciri
Buku Log ini adalah seperti berikut:
1.
Helaian Log disediakan kepada setiap kelas dengan 'Writing Pad'.
Tidak perlu sediakan Buku Log bulanan kerana ia selalu hilang, dihilangkan atau
disorok.
2.
Singkatan-singkatan seperti berikut (dan lain-lain yang patut)
digunakan:
0: TIDAK HADIR; P: PONTENG; R:
ROKOK; C: MENCARUT; B: BISING; V: VENDALISM; L: LUCAH; G: BERGADUH; A: TAK BUAT
AKTIVITI; S: BUANG SAMPAH; P: PAKAIAN TAK BETUL; T: MENIRU; K: KAUNSELING; BA:
BALIK AWAL; BR: BILIK RAWATAN
3.
Laporan-laporan yang lebih terperinci ditulis di belakang helaian
(Seperti Klinikal Doktor). Muka surat belakang tidak perlu dicetak. Ia hanya
untuk kegunaan umum sahaja.
4.
Nama Penuh Pelajar tidak perlu ditulis. Muhammad (dan lain-lain
variasinya) disingkatkan sebagai 'M' sahaja untuk penjimatan dan kepadatan
ruang. Nama bapa juga boleh diabaikan. Jika ada 2 pelajar dgn nama yang sama,
tambahan huruf yang berpadanan boleh digunakan.
5.
Lebih dari satu kesalahan boleh dimuatkan dalam satu petak jika
berkenaan. Contoh: ARAVINTHAN: B; A; boleh ditafsirkan sebagai Aravinthan
bising dalam kelas dan tidak membuat latihan yang diarahkan pada waktu yang
sama.
6.
Format ini sangat berkesan untuk mengesan pola kesalahan pelajar
kerana sifatnya yang komprehensif.
7.
Senarai Nama pelajar perlu disiapkan awal-awal oleh admin/penyelaras
tingkatan/guru kelas.
8.
Subjek diisi oleh Ketua (@ Penolong) Kelas.
9.
Waktu-waktu pembelajaran sahaja dimuatkan. Masa-masanya sengaja
dibuang untuk menjimatkan ruang.
10.
Jika seseorang pelajar itu tidak hadir, ketua atau Guru Tingkatan
boleh memotong ruangan pelajar itu dengan satu garis merah yang memanjang. Ini akan
membantu guru mata pelajaran untuk mengesan atau membezakan pelajar ponteng dan
tak hadir.
11.
Guru-guru yang masuk mengajar perlu menandatangani ruangan di
bawah sebagai bukti kehadiran. Guru relief boleh mencatatkan huruf 'R' sebelum
menandatangani. Jika tiada guru di sepanjang waktu tersebut, Ketua Tingkatan
boleh membuat catatan 'T' yang bermaksud Tiada Guru di sepanjang waktu
tersebut.
12.
Mata pelajaran yang dijadualkan pada sesuatu hari hendaklah
ditulis sebagai singkatan. Contoh: BM - Bahasa Malaysia.
13.
Perancangan Helaian Log ini TIDAK mengambil kira pengurusan kelas
bagi waktu Moral, Agama Islam, KH, PJK, Aktiviti Yasin dan sebagainya. Cara
mengatasi ketegangan disiplin perlu difikirkan oleh pihak yang berkaitan.
14.
Rak untuk menyimpan helaisan-helaian log ini boleh direkabentuk
oleh J/K Panitia Kemahiran Hidup. (@ ditenderkan kpd pihak swasta)
15.
Kegunaan helaian log ini boleh dikembangkan untuk tujuan-tujuan Check-list
yang lain seperti semakan pelajar untuk kawad kebakaran, semakan kehadiran
pelajar di tapak perhimpunan dll.
16.
Fail pengompilan perlu difikirkan oleh GP HEM untuk rujukannya dalam
menangani isu-isu pelajar.
Diharap
Admin SMK Rawang menerima cadangan ini dan menyerapkannya dalam pentadbiran
sekolah.
Saya
bersedia untuk sebarang perundingan jika diperlukan.
Kritikan
yang membina boleh ditulis di blog www.mysemekar.blogspot.com
untuk menambahbaikan.
Sekian,
Terima
kasih
JOHNSON VICTOR
NOTA ADMIN SEMEKAR:
No comments:
Post a Comment