Nampaknya ramai yang mula menjengkuk tengok blog ini. Apabila tidak diupdatekan, ada pelajar datang bertanya. Oleh itu, Saya akan memuatkan beberapa keping gambar yang tertinggal setakad ini.
Motor saya disimpah lequid oleh pelajar India tingkatan 2.
Kota suiz di blog F dikopak. Masa saya lalu di sini, ada pelajar yang cuba membuat ujikaji dengan cara menyentuh pada dawainya. Perbuatan itu diperhatikan oleh rakan-rakannya. Seluruh negara akan heboh jika sesuatu terjadi kepadanya. Pengetua dan guru-guru dipersalahkan kerana cuai dengan keselamatan pelajar. Bolehkah kami mengekori kesemua pelajar dan menghalang perbuatan mereka? Cuba fikirkan.
Tugas guru adalah mengajar. Tetapi karenah pelajar membuatkan guru sibuk dengan kerja yang tidak releven dengan profesiyennya. Pelajar ini menyimpan ekor di belakang kepalanya. Tidak pasti apa kelebihan dari perbuatan itu. Kalau pelajar-pelajar mampu berfikir secara waras, tidak berlaku kerja-kerja yang tidak releven seumpama ini.
Beberapa orang pelajar T.2 cabut lari apabila melihat saya dengan kamera. Seorang lagi pelajar berpura-pura mencari kerusi. Jika mereka ini sedara bahawa MASA ITU EMAS, sudah tentu tidak terniat untuk relax di luar kelas.
Dua orang pelajar yang ponteng sekolah didapati duduk di atas tempok. Mereka sempat melompat lari apabila saya cuba rakamkan. Tidak menghargai usia mereka untuk belajar.





No comments:
Post a Comment