Friday, July 9, 2010

KENANGAN MINGGU INI

Pelajar 2 Mawar: Apabila saya masuk untuk relif kelas ini, ramai pelajar rajin membaca buku. Mereka tahu menghargai masa. SYABAS!!

Ilmu yang terkandung dalam bag mereka perlu masuk ke dalam otak mereka supaya pelajar-pelajar ini menjadi pandai. Malangnya ini tidak berlaku.
Pondok bacaan di sebelah kiri, kini sudah menjadi pusat lepak pelajar-pelajar ini. Seorang pelajar cuba melindungi mukanya sedang yang lain cuba melarikan diri. Ilmu seolah-olah tidak bernilai kepada mereka.


Anak dara yang sudah mencapai akil baligh ini sangat malu dan menutup mukanya dengan bag.

1 Anggerik adalah satu-satunya kelas cemerlang di sesi petang. Mereka mempunyai seorang ketua yang benar-benar berkemampuan untuk memimpin kelas. Ia juga mempunyai ciri-ciri kemampuan untuk menjadi ketua pengawas pada 2015 nanti.

Satu suasana yang sungguh memilukan. Pelajar-pelajar ini bakal menduduki PMR pada 2011.

Apabila disedari bahawa gambar mereka dirakamkan, mereka bergegas mencari tempat berselindung.
Kelihatan seperti mereka mencuci tangan selepas ke tandas. Tetapi hakikatnya, mereka berpura-pura ke tandas apabila disedari saya sedang mengekori mereka yang ponteng kelas.

Beberapa pelajar tingkatan satu yang ponteng.

Take it easy Syafiq. Dia pernah membuat laporan bertulis bahawa saya tidak mengajarnya walaupun dia berminat belajar Matematik. Itulah cara pelajar hari ini berfitnah terhadap guru untuk membela diri mereka. 

Anda boleh melihat seorang pelajar bersorok di tepi tangga. Sebenarnya ramai lagi pelajar yang sudah bersorok apabila sedar saya sedang merakamkan gambar pelajar yang ponteng.

Pelajar yang lintang-pukang lari di samping tergelak seolah-olah dapat mempermainkan guru. Mereka perlu merenungi perbuatan mereka terkutuk ini.


Kebetulan apabila saya merakamkan gambar pelajar yang merayau di kaki lima, terakam juga gambar pintu-pintu yang dipecahkan oleh pelajar-pelajar. Mereka tidak mempunyai nilai-nilai Sivik. Ada pelajar yang terhibur apabila harta-benda awam dimusnahkan.
Apabila waktu beredar, ada pelajar yang mengambil kesempatan untuk bertindak liar di dalam bilik darjah mereka.
Bolehkan anda melihat seorang pelajar yang cuba mengelakkan rakaman kamera? Apabila pelajar sesuatu kelas beredar ke makmal, bengkel atau padang, pelajar kelas jiran menjadikan bilik darjah tersebut sebagai sarang persembunyian. Di samping itu, mereka juga membuatkan kerusi meja di kelas itu bertaburan.

Tangga menjadi ruang selamat untuk pelajar ponteng singgah sebentar. Pelajar-pelajar ini boleh membezakan guru yang tegas dengan yang tidak. Apabila guru-guru yang baru mula mengajar lalu, pelajar-pelajar ini selamba sahaja, kerana mereka tahu guru tersebut tidak menegur.

Seorang pelajar 2 Kemboja yang ponteng kelas PSK cuba mengelakkan rakaman kamera.

Tidak sangka yang saya bersedia dengan kamera. Ada pelajar ponteng sanggup berterjun dari tangga supaya muka mereka tidak terakam dalam kamera. Wahai ibubapa di sana! mungkin ini merupakan gelagat anak-anak tuan-tuan dan puan-puan.

Wah, Izzat berani bergaya di depan kemara! Inilah modal insan yang diharapkan oleh negara.

Sekumpulan pelajar yang berpusu-pusu lari supaya tidak dirakamkan oleh kamera saya.

Sekali lagi tangga menjadi pilihan mereka untuk berselindung. Seorang lagi pelajar yang bersempunyi menghulurkan tangan seoalah-olah memperli guru.

Pelajar yang melepak di depan surau sempat bersembunyi dalam bilik itu.

Pelajar yang berpusu-pusu escape seperti kawanan rusa. Gambar ini adalah satu lagi bukti bahawa tangga menjadi tempat yang selamat bagi pelajar yang merayap.
Ramai pelajar  perempuan dari tingkatan satu melepaskan tension.

 
Pelajar-pelajar ini begegas mencari tempat alternatif untuk melepak apabila melihat saya mengahampiri mereka. Sebenarnya saya baru berlepas dari bilik guru menuju ke Blok G untuk mata pelajaran PSK.
Muka-muka 2 Kemboja

 
Oh, my Semekar, Why are you like this?
Alat-alat keselamatan kebakaran telah dimusnahkan dalam minggu ini.
Satu penderhakaan oleh pelajar-pelajar Semekar terhadap sekolah.

 
Bukan kami hendak menyebuk dengan gelegat kamu.
Kami hanya menyesal terkenangkan masa depan anak-anak murid kami yang tidak ada kesedaran.
Kalau telefon bimbit saya berupaya menjadi mechine-gun, saya akan melepaskan tempakan bertubi-tubi supaya pelajar-pelajar ini tidak lagi berani berlepak di pondok bacaan ini.
Matahari panas membakar. Dari bayang-bayang boleh dijangka bahawa mereka bermain di gelenggang ini pada jam antara 3.00 hingga 4.00 pm. Biasanya tidak ada PJK pada waktu ini. Banyak persoalan yang timbul. Dari mana mereka dapat bola? Bolehkah mereka bertahan dengan panas membakar matahari ini?
Perompak bertopeng!! Usaha saya untuk mengatasi gejala ponteng ditangkis oleh pelajar-pelajar ini dengan memakai mask.

Gelombang kedua Sars sudah tamat. Kementerian Kesihatan pula melupuskan bekalan vaksin yang masih ada dengan keyakinan tidak ada kes baru. Rupa-rupanya pelajar ini sudah dijangkiti Sars.
Menyampah! Pelajar perempuan pula ponteng kelas.

En. Nakoo menyorong pelajar istimewa ini kerana kawanya yang selalu membantu tidak hadir.
Biasanya En. Nakoo menunggu sehingga bapa pelajar ini datang pada masa balik.

Satu lagi sudut blok yang sesuai bagi pelajar-pelajar lepak untuk berselindung.
H..... Sing, pelajar 2 Seroja menyorok.

Seolah-olah sekolah tidak berfungsi lagi. Tidak pasti kenapa mereka berada di sini.
Masih tidak sedar kepentingan ilmu dan pelajaran. Mengisi masa belajar dengan sia-sia seperti ini.


Ah, dapat juga saya merakamkan gambar yang boleh dibanggakan. Usaha pihak sekolah menyediakan ruangan bacaan di depan kantin nampaknya tidak sia-sia. Pelajar 1 Mawar ini naik berdiri di atas bangku kantin untuk mengetahui berita terkini. SYABAS.

No comments:

Post a Comment