Rakaman ini dibuat pada pukul 1.30pm hari ini. Janarthan yang ponteng kelas mencela kelas saya yang berkumpul di bawah pondok bacaan.
Walaupun saiznya sangat kecil, anda boleh melihat beberapa pelajar lari menyorokkan diri. Bahagian kedua rakaman ini lebih jelas di mana beberapa pelajar ponteng sedar pergerakan mereka sedang dirakamkan.
Anda mungkin boleh perhatikan seorang belia flat di belakang sekolah dengan gaya menduduki motorsikal dan bertopi keladar. Seorang pelajar perempuan yang menggunakan kesempatan waktu rehat untuk keluar dari kawasan sekolah dan
dating dengan belia tersebut. Mungkin gambar pelajar perempuan itu tidak begitu jelas.
Gambar-gambar di bawah menunjukkan contengan pelajar perempuan India yang sering ponteng dan berkumpul di sini. Kawasan tangga di sesuatu blok menjadi sarang utama pelajar ponteng untuk bersorok..
Tahniah kepada pelajar-pelajar dan guru tingkatan 1 Melati. Kelas ini sangat ceria dan papan kenyataan mereka sangat kreatif. Di sini saya ingin memberi kredit kepada dua orang pelajar yang patutu diteladani.
Saya hairan kenapa ada kerusi di bilik air perempuan blog G! Sebenarnya ada pelajar ponteng yang mencuri kerusi di kelas bersebelah dan letakkan di sini supaya mereka boleh ponteng tanpa di sedari guru. Memang sekali saya ada nampak beberapa orang pelajar lelaki keluar dan bilik air perempuan. Tengoklah sendiri gaya kerusi yang diatur seolah-olah di pusat solekan rambut ini.
Saya sedih melihat kawasan pagar tangki air ini di ceroboh. Kenapa pelajar kita rosak akhlaknya sehingga melakukkan perkara seteruk begini?
Dan pada minggu ini ada pelajar perempuan India yang mengugut saya supaya mengalihkan gambar-gambar di mana muka mereka wujud. Mereka beri amaran bahawa ibubapa mereka akan datang ke sekolah untuk bertengkar dengan saya. DAN SAYA MENJEMBUT IBU MEREKA UNTUK HADIR KE SEKOLAH DAN BERTENGKAR DENGAN SAYA. HARAP-HARAP INSIDEN ITUPUN DAPAT DIRAKAMKAN DAN DIMUAT NAIKKAN DI BLOG INI. SELURUH WARGA DUNIA PERLU LIHAT TINGKAH LAKU IBUBAPA YANG JAHILIAH INI.
Saya akan memuat-naikkan beberapa keping gambar lain yang penting. Harapan saya ialah mengingkatkan taraf sekolah ini ke araha yang sangat cemerlan. Selamat Malam