Wednesday, June 30, 2010

TERIMA KASIH CIKGU HUSNA FIRDAUS

Selama saya berkhidmat di sekolah ini, saya tidak ambil kisah tentang ramai guru termasuk cikgu Husna. Baru hari ini, apabila saya dipanggil untuk menyertai jamuan perpisahan, saya sedar bahawa ada seorang cikgu dengan nama Husna dan beliau akan berpindah ke sekolah lain. (SMK Ideal Height, kalau tak silap saya). Di bawah ini adalah dua keping gambar jamuan perpisahan yang saya sempat rakamkan dengan telefon bimbit saya.
 Ini adalah rakaman semasa beliau last kali print jari di sekolah ini.

Senuyman yang terukir pada wajahnya ini, tiba-tiba berubah suram kerana terpaksa meninggalkan sekolah kita.

Semoga panjang umur cikgu dan selamat berkhidmat di sekolah baru.

Dan apabila saya imbas gambar-gambar rakaman hand phone saya, terjumpa juga gambar seorang guru pelatih yang berkhidmat di sekolah ini. Namanya Cik Vikneswaray. Beliau adalah seorang guru yang tinggi budi pekertinya dan benar-benar berjiwa guru. Sifatnya yang lemah lembut dan halus, menambahkan lagi kecantikannya. Beliau adalah seorang guru yang banyak berfikir dan berakhlak mulia. Yang menghulurkan hadiah adalah Pn.Annamah yang kini berkhidmat SMK Taman Desa 2.

No comments:

Post a Comment