Wednesday, June 30, 2010

TERIMA KASIH CIKGU HUSNA FIRDAUS

Selama saya berkhidmat di sekolah ini, saya tidak ambil kisah tentang ramai guru termasuk cikgu Husna. Baru hari ini, apabila saya dipanggil untuk menyertai jamuan perpisahan, saya sedar bahawa ada seorang cikgu dengan nama Husna dan beliau akan berpindah ke sekolah lain. (SMK Ideal Height, kalau tak silap saya). Di bawah ini adalah dua keping gambar jamuan perpisahan yang saya sempat rakamkan dengan telefon bimbit saya.
 Ini adalah rakaman semasa beliau last kali print jari di sekolah ini.

Senuyman yang terukir pada wajahnya ini, tiba-tiba berubah suram kerana terpaksa meninggalkan sekolah kita.

Semoga panjang umur cikgu dan selamat berkhidmat di sekolah baru.

Dan apabila saya imbas gambar-gambar rakaman hand phone saya, terjumpa juga gambar seorang guru pelatih yang berkhidmat di sekolah ini. Namanya Cik Vikneswaray. Beliau adalah seorang guru yang tinggi budi pekertinya dan benar-benar berjiwa guru. Sifatnya yang lemah lembut dan halus, menambahkan lagi kecantikannya. Beliau adalah seorang guru yang banyak berfikir dan berakhlak mulia. Yang menghulurkan hadiah adalah Pn.Annamah yang kini berkhidmat SMK Taman Desa 2.

Tuesday, June 29, 2010

RAGAM PADA 29 JUN 2010

Lima orang pelajar yang ponteng kelas menunjukkan reaksi yang berbeza apabila kemara difokus ke arah mereka. Tiga orang pelajar melarikan diri supaya tidak tertangkap. Tiagu berani beraksi di depan kemara seolah-olah tidak takut untuk sebarang tindakan disiplin. Seorang lagi pelajar di depan pintu bilik SPBT tidak sedar yang gambar dirinya dirakamkan.
Seorang pelajar tingkatan 1 gahirah menyaksikan pertandingan bola jaring tanpa menghiraukan pelajarannya. Bajunya juga tidak diselitkan ke dalam. Ini jelas menunjukkan bahawa, pelajar-pelajar lelaki terutamanya, tidak suka untuk mematuhi peraturan sekolah.Dari budaya melepak ke budaya merayap. Pelajar-pelajar tingkatan 2, merayap di gelenggang bola keranjang pada pukul 2.30pm. Peralihan mata pelajaran diambil kesempatan oleh pelajar-pelajar ini untuk keluar dari bilik darjah. Mereka bakal menduduki PMR pada 2011 Guru-guru akan dikerah untuk melancarkan Program Memburu Bintang, Kelas Tahanan dsb. Apa akan jadi kepada sekolah jika PMR digugurkan?
Ini adalah 'latihan kawad kaki secara solo'